Thursday, February 18, 2010

Selamat Datang Diucapkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua kerana sudi untuk datang ke blog saya ini. Dalam blog ini syarikat kami akan memuatkan informasi dan maklumat yang berguna berkaitan dengan seminar yang kami anjurkan. Walaupun anda belum mendengar Team Seminar Bestari ini,namun kami yakin dengan ilmu dan pengetahuan yang kami ada, kami akan memberikan perkhidmatan yang baik kepada anda semua. Teruskan pembacaan anda.

Pengenalan
Team Seminar Bestari ini ditubuhkan pada tahun 2010 oleh beberapa anak muda yang terdiri daripada mahasiswa yang sedang belajar di IPTA yang terkenal di Malaysia. Kebanyakannya mereka adalah daripada Universiti Malaya. Mereka ini merupakan seorang yang pernah merasai nikmat kejayaan demi kejayaan sama ada dari segi akademik, sahsiah, kokurikulum mahupun keusahawanan. Oleh itu, kami berhasrat untuk berkongsi ilmu dan pengalaman kami untuk mengadakan seminar ini kepada mereka yang berminat serta ingin untuk menerokai ilmu sama ada secara formal mahupun tidak formal dengan kami.

Butiran Perkhidmatan Kami
Skop kami: Kewangan, Motivasi, Pembangunan Diri serta Perakaunan
Kumpulan sasaran: pelajar sekolah rendah, menengah, matrikulasi serta masyarakat Malaysia yang ingin menggunakan perkhidmatan kami.
Bayaran: RM100-RM200 sejam jika mengikut jam @
RM10-RM40 seorang untuk setiap pelajar yang mesti dihadiri sekurang-kurangya 100 orang.

Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada kesesuaian untuk sesuatu seminar tersebut. Harga boleh dirunding dengan pihak kami.

Maklumat Seminar Kami
Kami mempunyai beberapa seminar yang kami kendalikan. Sehingga setakat ini, kami mempunyai 5 seminar yang mempunyai 5 modul yang berbeza. Biasanya seminar yang kami anjurkan mengambil masa antara setengah hari sehingga sehari. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada permintaan pihak yang ingin menggunakan perkhidmatan kami.

Berikut merupakan maklumat yang berkaitan dengan seminar ini:

Seminar 1: Seminar 'Rancang Kewangan Anda'

Objektif:
1) Memberi kesedaran berkaitan dengan kepentingan malabur dan menyimpan.
2) Memberi informasi yang berguna berkaitan dengan kewangan.
3) Memberi tips-tips yang mudah untuk dipratikkan.

Kumpulan sasaran: Pelajar Tingkatan 3(PMR) , Tingkatan 4 dan 5(SPM)
Tempat: Sekolah masing-masing
Jangkamasa: sehari
Bayaran: RM15 seorang peserta dan mesti dihadiri oleh 100 orang sekurang-kurangya.

Seminar 2: Seminar 'Smart Learning"
Objektif:
1) Memberi kesedaran kepada adik-adik pelajar berkaitan dengan rahsia belajar dengan betul.
2) Membongkarkan tips-tips yang penting dan berguna yang pasti berjaya untuk diamalkan.
3) Meningkatkan prestasi akademik ke tahap maksimum.

Kumpulan sasaran: Pelajar sekolah rendah(UPSR) serta pelajar tingkatan 1 dan 2.
Tempat: Sekolah masing-masing
Jangkamasa: setengah hari
Bayaran: RM10 setiap peserta dan mesti dihadiri oleh 100 orang pelajar sekurang-kuragnya.

Seminar 3: Seminar 'Road To Menara Gading'
Objektif:
1) Memberi pendedahan yang awal kepada peserta berkaitan dengan suasana di IPTA
2) Berkongsi maklumat berkenaan dengan kerjaya pada masa akan datang
3) Memberi satu rangsangan motivasi agar peserta rajin untuk belajar bersungguh-sungguh

Kumpulan sasaran: Pelajar Tingkatan 4 dan 5(SPM) dan pelajar lepasan SPM dan Matrikulasi
Tempat: sekolah masing-masing
Jangkamasa: Sehari
Bayaran: RM20 untuk setiap peserta yang mesti dihadiri oleh 100 orang.

Seminar 4: Seminar Asas Perakaunan
Objektif:
1) Berkongsi dengan peserta berkaitan dengan asas perakaunan
2) Memupuk semangat sukakan ilmu perakaunan
3) Mendedahkan cara-cara untuk mengaplikasikan perakaunan dalam perniagaan dan
kehidupan seharian

Kumpulan sasaran: TERBUKA kepada SEMUA
Jangkamasa: Setengah Hari
Bayaran: RM10 untuk setiap peserta.
Tempat: Universiti Malaya

Seminar 5: Seminar Rahsia Kehidupan
Objektif:
1) Memberitahu tujuan kehidupan sebenar seorang manusia
2) Meningkatkan motivasi peserta-peserta seminar
3) Mengintegrasikan konsep bekerja dan belajar demi islam.

Tema:'Islam Is Beautiful, Islam Is Our Life'
Kumpulan sasaran: TERBUKA kepada semua
Jangkamasa: Sehari
Bayaran: RM120 sejam
Tempat: Sekolah masing-masing@ Universiti Malaya.

Inilah serba sedikit maklumat berkaitan dengan seminar yang kami adakan. Insyaallah kami akan kongsikan dengan anda maklumat yang lebih lanjut selepas ini.

Sekiranya anda berminat, anda boleh menghubungi kami di:
Handphone: Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi(013-5902236)
Email: bashier05@yahoo.com
bashier05@gmail.com

Kami amat mengalu-alukan kehadiran anda sebagai peserta.Kami yakin sekiranya kita ikhlas dalam melakukan sesuatu, insyaallah ganjaran akan menanti. Terima kasih kepada anda yang sudi membaca ke saat ini. Sehingga Berjumpa lagi.

Sekian:
TEAM SEMINAR BESTARI